Rahsia HR Pengalaman Cari Pekerja Berkualiti Dengan Cara Buat Job Description Yang Betul.

10 Cara Buat Job Description Tarik Pekerja Berkualiti

Table of Contents

Membuat job description yang menarik adalah langkah pertama dalam menarik pekerja berkualiti untuk menyertai syarikat.

Job description yang baik bukan sekadar senarai tugas tetapi juga berfungsi sebagai alat pemasaran untuk menarik bakat terbaik.

Artikel ini membincangkan strategi yang digunakan oleh HR berpengalaman untuk membuat job description yang berkesan dan menarik perhatian calon yang tepat  

cara cari pekerja berkualiti

Mengapa Job Description Penting dalam Menarik Pekerja Berkualiti?

Membawa masuk pekerja yang bertepatan dengan apa yang syarikat perlukan dan sesuai dengan boleh jadi amat sukar sekiranya dari permulaan step saja dah tak betul. Job description adalah step permulaan yang sangat crucial kerana disitulah untuk tapis pemohon yang betul-betul layak dan berkualiti bagi membawa masuk ke organisasi kita.

Jadi anda sebagai sumber manusia (HR) wajib tahu cara buat job description yang betul bagi menarik minat pekerja yang berkualiti, setia dan boleh berikan good result pada syarikat. Jadi mengapa job description ini penting ?

  • Menarik pekerja berkualiti yang memiliki kemahiran dan pengalaman yang relevan.

  • Mengurangkan kadar turnover kerana calon memahami peranan mereka dengan lebih jelas sebelum memohon.

  • Meningkatkan imej syarikat dengan menunjukkan profesionalisme dalam pengambilan pekerja.

  • Membantu HR menyaring calon yang benar-benar sesuai sebelum proses temuduga.

Selain itu, job description yang terperinci dapat meningkatkan kepuasan pekerja kerana mereka memahami tanggungjawab dan jangkaan syarikat sebelum mereka mula bekerja.

Ketahui Apa Itu Sumber Manusia (HR) Dan 5 Peranannya Dalam Syarikat

Ini 10 Strategi HR Berpengalaman, Buat Job Description yang Betul Dan Menarik!

Gunakan Tajuk Jawatan yang Jelas dan Menarik

Tajuk jawatan adalah perkara pertama yang calon akan lihat. Gunakan tajuk yang spesifik dan relevan dengan peranan tersebut. Jangan guna ayat secara umum/ general.

Contoh: Daripada hanya menggunakan “Eksekutif Pemasaran”, lebih baik gunakan “Eksekutif Pemasaran Digital – Pakar SEO & Iklan Berbayar” untuk menarik calon yang tepat.

Nyatakan Tanggungjawab Utama Secara Terperinci

Tanggungjawab utama yang jelas akan membantu calon memahami skop kerja mereka.

Contoh:

  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital.

  • Mengurus kempen iklan berbayar di platform seperti Google Ads, Tiktok Ads dan Meta Ads

  • Mengurus dan membina kandungan untuk tujuan siaran di platform sosial media.

Masukkan Keperluan Kemahiran dan Kelayakan dengan Jelas

Nyatakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti tahap pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran teknikal.

Contoh:

  • Wajib: Ijazah dalam Multimedia atau bidang berkaitan.

  • Tambahan: Pengalaman menggunakan software editing seperti Adobe After Effect, Adobe Premiere pro atau Capcut. 

Tampilkan Budaya dan Nilai Syarikat

Selain gaji, pekerja ingin tahu bagaimana budaya kerja di syarikat.

Contoh: “Kami mencari individu yang suka bekerja dalam pasukan dan mempunyai semangat inovasi yang tinggi.”

Gunakan Bahasa yang Mudah Difahami dan Menarik

Gunakan bahasa yang profesional tetapi tidak terlalu teknikal. Elakkan jargon yang sukar difahami oleh calon.

Tip: Guna nada komunikasi yang mesra tetapi tetap profesional.

Nyatakan Manfaat dan Ganjaran untuk Pekerja

Menawarkan manfaat yang menarik dapat meningkatkan daya tarikan job description.

Contoh Manfaat:

  • Bonus tahunan berdasarkan prestasi.

  • Skim insurans perubatan.

  • Waktu kerja fleksibel atau pilihan bekerja dari rumah.

Gunakan Format yang Tersusun dan Mudah Dibaca

Gunakan bullet points, subheading, dan perenggan pendek untuk menjadikan job description lebih mudah dibaca dan difahami.

Tip: Pastikan setiap bahagian dipecahkan dengan jelas – tajuk, tanggungjawab, keperluan, dan manfaat

Gunakan Kata Kunci yang Relevan untuk SEO

Pastikan job description mengandungi kata kunci berkaitan supaya mudah dijumpai dalam carian Google atau portal kerja.

Contoh Kata Kunci: “Pekerja berkualiti”, “Cara buat job description”, “Eksekutif Pemasaran Digital.”

Sertakan Call-to-Action (CTA) yang Jelas

Nyatakan langkah seterusnya kepada calon selepas mereka membaca job description.

Contoh: “Jika anda berminat, sila hantar resume dan portfolio anda ke [email protected] sebelum 30 Jun 2025

Uji dan Optimumkan Job Description Secara Berkala

HR perlu mengkaji keberkesanan job description dan mengemas kini berdasarkan maklum balas daripada calon dan pasaran kerja semasa.

Tip: Analisis data dari platform pengiklanan pekerjaan untuk melihat prestasi iklan kerja anda dan lakukan penambahbaikan jika perlu.

Framework Job Desription

Ini saya sediakan framework ataupun template job decription. Framework ini telah diguna pakai oleh ramai HR berpengalaman bagi mencari talent untuk membawa masuk pekerja berkualtiti tinggi.

template job descriptions

Tekan sini untuk download: Framework Job Description

Tips Memilih Pekerja Berkualiti

Untuk memastikan hanya pekerja terbaik diambil bekerja, HR boleh mengamalkan strategi berikut:

  • Gunakan ujian kemahiran bagi memastikan calon mempunyai kemahiran yang diperlukan.

  • Adakan temuduga berstruktur untuk menilai kesesuaian calon dengan syarikat.

  • Periksa latar belakang dan rujukan bagi memastikan kredibiliti calon.

  • Pilih calon yang sesuai dengan budaya syarikat, bukan hanya berdasarkan kemahiran teknikal sahaja.

Dengan pendekatan yang sistematik, syarikat dapat memperoleh pekerja yang benar-benar berkualiti.

Ketahui juga 10 Strategi Kekalkan Pekerja Berkualiti dan Kurangkan Kadar Turnover!

Kesimpulan

Cara membuat job description yang menarik dan berkesan adalah kunci untuk mendapatkan pekerja berkualiti. Dengan mengikuti 10 strategi HR berpengalaman ini, syarikat boleh memastikan bahawa mereka menarik calon terbaik dan meningkatkan keberkesanan proses pengambilan pekerja. Selain itu, memilih pekerja berkualiti memerlukan proses penilaian yang teliti.

Job description bukan sekadar senarai tugas, tetapi alat pemasaran untuk menarik bakat terbaik ke dalam organisasi anda!

Urusan HR RUMIT & MAKAN MASA? Automasi Segalanya Dengan Mesra HR! 🚀

Sebagai majikan, mengurus pelbagai jenis pekerja bukan kerja mudah. Tanpa sistem yang teratur, rekod bercelaru, kiraan gaji salah & risiko tak patuh undang-undang boleh berlaku.

Perkenalkan Mesra HR – Sistem HR No.1 untuk Automasi & Pengurusan Pekerja!

Automasi Tugasan – Semua rekod cuti, claim & attendance, leave auto-sync dalam sistem, tak perlu buat manual!

Urus HR Dari Mana-Mana – Hanya satu klik untuk akses semua maklumat pekerja secara online.
Pematuhan Dijamin – Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja Malaysia, jadi majikan tak perlu risau.

Tak kira bisnes kecil atau syarikat besar, Mesra HR adalah solusi lengkap untuk pengurusan HR anda!

Sistem MesraHR

Isi Form Dibawah Untuk Free Consultation

Lead Form MesraHR

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *