• Laman Utama
  • Produk
    • Perisian HR
      • Kehadiran Pintar
      • Gaji Bercagar
      • Pengurusan Lawatan Tapak
      • Proses Cuti yang Cekap & Telus
      • Pengurusan Tuntutan
      • Lagi
    • Akademi Latihan
    • Geran PMKS Madani
  • Blog
    • Artikel
    • Soalan lazim
  • Tentang kami
  • Hubungi Kami
Log masuk
Tindakan , Kesedaran

5 Isu Disiplin Pekerja Popular: Faktor dan Penyelesaian Win

09/04/2025 pentadbir Tiada komen lagi
5 Isu Disiplin Pekerja Popular

Isu disiplin pekerja pasti akan muncul tidak kira organisasi. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Ini 5 isu disiplin pekerja yang popular.

Isi Kandungan

Isu disiplin pekerja ini amat besar dan luas untuk dibincangkan kesemuanya dalam satu perundangan kerja di Malaysia. Antara isu disiplin pekerja yang popular ialah Rasuah , curi tulang , gangguan seksual, pecah amanah dan buli .

Isu disiplin ialah pelanggaran piawaian keselamatan atau kelakuan; atau, tidak memenuhi jangkaan prestasi kerja. Perkembangan isu disiplin pekerja di Malaysia semakin berleluasa dan sukar untuk dikawal. Tidak kira pangkat rendah dan tinggi mahupun penjawat awam ataupun tidak. Namun, isu disiplin sering terjadi pada syarikat yang besar dan penjawat awam seperti yang tertera di media sosial terkini.

Dalam artikel kali ini, kami telah mengenalpasti isu disiplin pekerja, faktor berlakunya isu disiplin dan penyelesaian permasalahan isu disiplin. Isu disiplin pekerja sangat penting untuk mengelakkan berlakunya salahlaku di tempat kerja. Baca sampai habis untuk penyelesaian berkesan!

5 Isu Disiplin Pekerja Popular

5 Isu Disiplin Pekerja Popular (1)

1. Isu Disiplin Pekerja: Rasuah

isu disiplin pekerja rasuah

Sumber: Kes MARA Inc Beli Hartanah di Melbourne

Fenomena Rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan frasa ini memberi maksud yang amat negatif kepada imej sesebuah organisasi itu. Rasuah biasanya terdiri daripada suapan yang susah untuk ditolak kerana ia boleh menjadi wang, kenaikan pangkat, undi dan banyak lagi. Selain daripada denda dan hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa, organisasi yang terlibat dalam rasuah boleh mengalami kerugian kewangan akibat pembaziran sumber, pembayaran rasuah yang berterusan, atau kehilangan peluang perniagaan disebabkan reputasi buruk. Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694) , terdapat enam kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  • Pemberian dan Penerimaan Rasuah (Seksyen 16)
  • Penyalahgunaan Kuasa (Seksyen 23)
  • Penipuan dan Pemalsuan (Seksyen 27)
  • Menghalang Penyiasatan Rasuah (Seksyen 32)
  • Kesalahan Pengubahan Wang Haram (Seksyen 41)
  • Kegagalan Melaporkan Rasuah (Seksyen 25)

Faktor dan Penyelesaian: Rasuah

Faktor

Sikap materialistik yang mengutamakan kebendaan merupakan antara faktor berlakunya kes rasuah. Bukan itu sahaja, pastinya semua orang mengidamkan kehidupan mudah dan boleh bersenang-lenang tanpa perlu mengeluarkan banyak tenaga. Hal ini demikian kerana sikap negatif individu yang suka bermewah-mewah di luar kemampuannya. Sebagai contoh, mereka menganggap memiliki banyak harta benda yang mewah seperti kereta, rumah dan barang kemas boleh menyebabkan mereka dikagumi dan dihormati. Memang tidak dapat dinafikan, faktor berlakunya isu disiplin: rasuah ialah sikap materialistik pekerja itu sendiri .

Selain itu, masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita juga sering dikaitkan sebagai faktor yang ketara. Disebabkan ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan ini, ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu seperti mengambil wang secara haram. Sudah terang lagi bersuluh, masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan merupakan faktor berlakunya isu disiplin: rasuah.

Penyelesaian

Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi isu disiplin ini. Antaranya ialah kesedaran dan pendidikan masyarakat perlu ditingkatkan . Selain itu, tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan juga perlu dilaksanakan tanpa belas kasihan.

Dengan langkah-langkah ini, kita boleh membangun sebuah masyarakat dan negara yang bersih, adil dan berdaya saing. Semoga pepatah, gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah dapat kita elakkan demi kemaslahatan generasi kini dan masa hadapan.

2. Isu Disiplin Pekerja: Curi Tulang

isu disiplin curi tulang

Sumber: Beli-belah Waktu Kerja Calar Khidmat Awam

Budaya curi tulang merupakan suatu cabaran besar bagi institusi-institusi yang mempunyai pekerja yang bersikap tidak amanah dengan tugas yang diberikan. Curi tulang berlaku apabila pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali kerja dengan pelbagai helah dan cara. Ada pekerja yang menjalankan tanggungjawab dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sedar atau tidak antara perkara-perkara yang sering kita lakukan di mana ianya boleh disifatkan sebagai curi tulang atau pekerja yang tidak bertanggunggjawab adalah:

  • Keluar dari tempat kerja tanpa izin ketua
  • Menggunakan waktu kerja untuk urusan peribadi
  • Menipu semasa kerja lebih masa

Faktor dan Penyelesaian: Curi Tulang

Faktor

Menjalankan tanggungjawab dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekadar melepaskan batok di tangga merupakan sifat pentingkan diri. Contohnya, berbual-bual kosong atau bersembang dengan rakan sekerja yang tidak berkaitan dengan kerja. Jelaslah bahawa faktor berlakunya isu disiplin: curi tulang ialah sifat pentingkan diri pekerja itu sendiri.

Persekitaran tempat kerja juga memainkan peranan yang penting. Hal ini disebabkan demikian kerana benda yang salah telah lama dipraktikkan oleh pekerja senior lalu diikuti oleh pekerja junior dek kerana kebiasaannya diajak. Contohnya, keluar minum pagi beramai-ramai walaupun pekerja sepatutnya berada di pejabat melakukan urusan kerja. Maka, faktor berlakunya isu disiplin: curi tulang ialah persekitaran tempat kerja .

Penyelesaian

Langkah mengatasi isu disiplin ini ialah majikan melaksanakan pemantauan terhadap para pekerja. Pemantauan akan membantu dalam mencegah pelbagai masalah kerana majikan boleh memberi arahan terus kepada pekerja sekiranya terdapat aktiviti yang tidak mengikut apa yang telah dipersetujui.

Bukan itu sahaja, mewujudkan persekitaran kerja yang menyeronokkan merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan kemalasan pekerja. Persekitaran yang menggalakkan kerjasama dan memupuk rasa kebersamaan boleh membuatkan pekerja berasa seperti mereka sebahagian sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

Berkaitan: 7 Cara Tingkatkan Prestasi Pekerja

3. Isu Disiplin Pekerja: Gangguan Seksual

isu didiplin pekerja: gangguan seksual

Sumber: Rangkuman Akhbar 1 November dan 2018

Gangguan seksual bermaksud perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks. Gangguan boleh menjadi penyelia mangsa, penyelia di kawasan lain, rakan sekerja atau pelanggan. Penting untuk mangsa tahu bahawa gangguan seksual menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terancam dengan tingkah laku pelaku. Berikut disertakan contoh kesalahan gangguan seksual yang banyak berlaku:

  • Penggunaan bahasa lucah

  • Perlakuan menghantar gambar berunsur seksual

  • Mendesak, mengugut bagi memenuhi keinginan seksual

  • Memegang atau meraba tanpa izin

  • Tingkah laku berunsur seksual

Faktor dan Penyelesaian: Gangguan Seksual

Faktor

Salah satu faktor utama ialah kurang memahami etika kerja . Pekerja yang memahami etika kerja tidak akan melakukan perkara tergamak itu pada pekerja lain apabila etika kerja berkaitan dengan perbuatan beretika selaras dengan peraturan dan norma dalam sesebuah organisasi. Seyogia dinyatakan, kurang memahami etika kerja merupakan faktor isu disiplin: gangguan seksual.

Tiada kesedaran agama juga adalah faktor kepada isu disiplin ini. Didikan agama yang kurang menyebabkan seseorang pekerja tersebut melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Sebagai contoh, mencabul rakan sekerja. Tegasnya, tiada kesedaran agama merupakan faktor isu disiplin: gangguan seksual.

Penyelesaian

Antara cara mengatasi isu disiplin ini ialah dengan memberikan amaran kepada pelaku bahawa perbuatannya merupakan satu bentuk gangguan seksual. Amaran boleh dilakukan melalui penyampaian lisan, surat, emel atau membawa seorang teman untuk berdepan dengan pelaku.

Berkaitan: Panduan Surat Amaran

Selain itu, melaporkan insiden gangguan seksual kepada penyelia atau pengurus sumber manusia melalui mekanisme dalaman. Sekiranya tiada tindakan diambil, aduan boleh dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak polis.

4. Isu Disiplin Pekerja: Pecah Amanah

isu disiplin pekerja: pecah amanah

Sumber: 145 Individu Babit Kes Tipu, Pecah Amanah Dicari

Pecah amanah berlaku apabila seseorang individu itu gagal memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Pecah amanah merupakan perbuatan mensia-siakan individu dengan menipu atas amanah yang telah diberikan. Contoh perlanggaran tugas yang tidak dibenarkan sama sekali ialah:

  • Melaburkan dana syarikat tanpa mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli lembaga pengarah pertubuhan tersebut

  • Mengeluarkan wang organisasi ke akaun bank lain secara senyap-senyap

  • Mengambil walau sedikit wang untuk kegunaan sendiri

Faktor dan Penyelesaian: Pecah Amanah

Faktor

Terdapat pelbagai faktor seseorang itu melakukan kes pecah amanah ini antaranya adalah disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prisip hidup . Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Selain itu, pecah amanah juga terjadi apabila individu tersebut mempunyai peluang yang berada di hadapan matanya . Oleh itu, mereka mengambil peluang untuk mengambil wang daripada syarikat tersebut. Mereka amat kurang cerdik kerana merugikan wang organisasi untuk meneruskan perniagaan tersebut.

Penyelesaian

Isu ini dapat diselesaikan dengan mengetatkan undang-undang supaya bagi mereka yang ingin melakukan perkara tersebut berasa takut dan tidak melakukan perkara tersebut itu,pemberhentian kerja serta merta harus dilakukan bagus menghukum salah laku pecah amanah ini.

Selain itu, organisasi boleh mengambil inisiatif memasang sistem pengrekodan dan rakaman CCTV di tempat kerja. Hal ini dapat membendung sedikit sebanyak kes pecah amanah kerana ketakutan pesalah terkantoi.

5. Isu Disiplin Pekerja: Buli

isu disiplin pekerja: buli

Sumber: Atasi Isu Pengasingan, Pemulauan di Tempat Kerja

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Buli yang berlaku di tempat kerja ini boleh berlaku melalui pelbagai bentuk atau cara seperti pembulian berbentuk fizikal, pembulian berbentuk secara lisan, pembulian melalui proses penulisan, pembulian berbentuk tekanan mental, psikologi atau emosi dan lain-lain. Budaya tolerensi, kerjasama serta sifat faham memahami antara satu sama lain di antara pekerja adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang harmoni, kurang tekanan serta bebas daripada kegiatan pembulian. Terdapat banyak kes perbuatan membuli di tempat kerja, antaranya termasuklah:

  • Makian dan kata-kata kesat
  • Dipinggirkan secara beramai-ramai
  • Mengsabotaj dan menganggu kerja

Faktor dan Penyelesaian: Buli

Faktor

Salah satu faktor ialah seseorang individu yang rendah diri dan susah untuk mengatakan "Tidak" . Hal ini dikatakan kerana mereka dilihat sebagai target mudah pembuli yang biasanya berjawatan tinggi daripada mangsa. Contohnya, penyelia si pekerja. Maka, faktor berlaku isu disiplin: buli ialah faktor individu.

Di samping itu adalah faktor organisasi . Persekitaran boleh mempengaruhi pekerja. Contohnya, ia telah menjadi norma untuk pekerja yang lurus bendul dipulaukan oleh pekerja-pekerja lain. Justeru, faktor organisasi merupakan faktor berlakunya isu disiplin: buli.

Penyelesaian

Antara cara yang boleh menyelesaikan masalah ini ialah syarikat melaksanakan dasar yang melindungi mereka yang bercakap mengenai isu ini. Lakukan tindakan pantas dalam menangani masalah ini.

Sebagai seorang pekerja, kita mestilah tidak membenarkan perkara yang dikatakan dan dilakukan kepada kita menentukan siapa kita sebagai seorang manusia. Adalah juga penting untuk mengambil langkah-langkah untuk melaporkan buli di tempat kerja kepada penyelia atau sumber manusia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua isu displin mengajar kita untuk mengamalkan etika bekerja. Isu disiplin pekerja popular sering kali melibatkan masalah seperti rasuah, curi tulang, gangguan seksual, pecah amanah dan buli. Isu-isu ini boleh memberi kesan negatif kepada produktiviti dan suasana kerja di dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu, pengurusan disiplin yang berkesan adalah penting untuk memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan dan mencapai tahap prestasi yang diinginkan. Pendekatan yang jelas, konsisten, dan adil dalam menangani isu disiplin adalah kunci untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan produktif. Kita perlu berganding bahu bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Mengatasi isu disiplin pekerja dengan strategik memerlukan pendekatan jangka panjang namun anda kini boleh menggunakan platform pengurusan sumber manusia, MesraHR.

Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution
  • Isu Semasa
pentadbir

jawatan navigasi

Sebelumnya
Seterusnya

Jawatan Terkini

  • Monitor Staff Luar Pejabat: 5 Cara Mudah & Powerful Tanpa Micromanage
  • 5 Peranan Kerja HR Dalam Pengurusan Organisasi Moden Yang Berkesan
  • HR vs Admin: 5 Perbezaan Penting Untuk Organisasi Moden
  • Mental Health Pekerja: 5 Tanda Penting Yang HR Wajib Ambil Tahu
  • 7 Cara Hebat Kehadiran Digital Memudahkan Pematuhan HR

Komen Terkini

  1. 7 Sebab Kenapa Syarikat Anda Perlukan Sistem HR! - mesraHR pada 5 Kelebihan Sistem HR Hebat untuk SME – Jimat Kos & Lonjakan Produktiviti

Jawatan berkaitan

Notis Berhenti Kerja 24 Jam - mesraHR
Kesedaran

Notis Berhenti Kerja 24 Jam: Trend Baru?

16/06/2025 pentadbir Tiada komen lagi

Ketahui lebih lanjut mengenai Notis Berhenti Kerja 24 Jam – trend baru yang semakin popular di kalangan pekerja. Isi Kandungan Pengenalan Dalam dunia pekerjaan yang semakin pantas dan dinamik, notis berhenti kerja 24 jam semakin menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pekerja dan majikan. Sebelumnya, pekerja yang ingin berhenti kerja biasanya perlu memberikan notis lebih [...]

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 - mesraHR
Minat , Kesedaran

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Impak kepada Tenaga Kerja di Malaysia

19/05/2025 pentadbir Tiada komen lagi

Sidang Kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) adalah pertemuan tahunan para pemimpin negara-negara anggota ASEAN. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting di peringkat serantau dan antarabangsa serta memperkuatkan kerjasama di berbagai bidang.  Ketahui bagaimana Sidang Kemuncak ASEAN 2025 memberi impak kepada tenaga kerja khususnya melalui galakan bekerja dari rumah (BDR). Isi Kandungan Apa itu Sidang Kemuncak ASEAN 2025? […]

Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia
Minat , Kesedaran

Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia?

17/04/2025 pentadbir Tiada komen lagi

Lawatan Xi Jinping ke Malaysia tahun 2025, apa yang rakyat Malaysia perlu tahu tentang tujuan, kesan dan hubungan antara Malaysia dan China. Isi Kandungan Pengenalan Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. – Berita Harian [...]

  • Facebook
  • Twitter
  • Pautan
  • Telegram
Monitor Staff luar pejabat
Tidak dikategorikan
Monitor Staff Luar Pejabat: 5 Cara Mudah & Powerful Tanpa Micromanage
pentadbir
pentadbir
20/04/2026
Tidak dikategorikan
5 Peranan Kerja HR Dalam Pengurusan Organisasi Moden Yang Berkesan
pentadbir
pentadbir
11/03/2026
Kesedaran
HR vs Admin: 5 Perbezaan Penting Untuk Organisasi Moden
pentadbir
pentadbir
04/03/2026
Kesedaran
Mental Health Pekerja: 5 Tanda Penting Yang HR Wajib Ambil Tahu
pentadbir
pentadbir
24/02/2026
Kehadiran Digital Memudahkan Pematuhan HR
Tidak dikategorikan
7 Cara Hebat Kehadiran Digital Memudahkan Pematuhan HR
pentadbir
pentadbir
11/02/2026
Kesedaran
HR Digital: 5 Cara Berkesan Pantau Kehadiran & Cuti Staf
pentadbir
pentadbir
12/01/2026
Tidak dikategorikan
5 Sebab Kenapa Kerja HR Sangat Penting Dalam Pengurusan Organisasi Moden
pentadbir
pentadbir
19/11/2025
Mencari pekerja: 5 Petua Berkesan Untuk Berjaya
Tidak dikategorikan
Mencari pekerja: 5 Petua Berkesan Untuk Berjaya
pentadbir
pentadbir
10/09/2025
Tidak dikategorikan
7 Cara Hiring Pekerja Terbukti Berkesan Untuk Majikan dan HR
pentadbir
pentadbir
03/09/2025
Cara Muat Turun Slip Gaji mesraHR
Tidak dikategorikan
Cara Muat Turun Slip Gaji Dengan MesraHR: Semudah 1 Klik!
pentadbir
pentadbir
04/07/2025
Laman Ciri Cara Guna Lawati mesraHR
Tidak dikategorikan
Cara Guna Site Visit mesraHR: Lawatan Tapak Automatik
pentadbir
pentadbir
02/07/2025
Cara Guna Feature Claim mesraHR
Tidak dikategorikan
Cara Guna Tuntutan Ciri: 5 Langkah Super Mudah!
pentadbir
pentadbir
30/06/2025
Cara Guna Leave mesraHR
Tidak dikategorikan
3 Langkah Mudah Guna Feature Leave Aplikasi Official mesraHR
pentadbir
pentadbir
27/06/2025
Cara Guna E-Kehadiran mesraHR
Tidak dikategorikan
Cara Guna E-Attendance mesraHR: 1 Solution untuk HR dan Pekerja
pentadbir
pentadbir
25/06/2025
Sistem HRMS Untuk SME - mesraHR
Kesedaran
Sistem HRMS Untuk SME: Jadi Expert Semua Dalam 1
pentadbir
pentadbir
23/06/2025
6 Tugas Pengurus Teratas - mesraHR
Minat
Top 6 Tugas Pengurus Dalam Menjaga Keberkesanan Organisasi
pentadbir
pentadbir
20/06/2025
Notis 24 Jam - mesraHR
Minat
Notis 24 Jam: Majikan Kena Diluluskan Atau Tidak
pentadbir
pentadbir
18/06/2025
Notis Berhenti Kerja 24 Jam - mesraHR
Kesedaran
Notis Berhenti Kerja 24 Jam: Trend Baru?
pentadbir
pentadbir
16/06/2025
Contoh Minit Mesyuarat Terbaik -mesraHR
Tindakan
Contoh Minit Mesyuarat Terbaik: 1 Templat Percuma
pentadbir
pentadbir
12/06/2025
Kepimpinan Asas Pengurusan: 3 Ciri Pemimpin Cemerlang Wajib Ada - mesraHR
Minat
Kepimpinan Asas Pengurusan: 3 Ciri Pemimpin Cemerlang Wajib Ada
pentadbir
pentadbir
10/06/2025
Surat Tunjuk Sebab dan Surat Amaran - mesraHR
Kesedaran
Ketahui Beza Show Cause Letter dan Warning Letter: 4 Ciri Utama
pentadbir
pentadbir
30/05/2025
Surat Tunjuk Sebab - mesraHR
Tindakan
Tutorial Surat Tunjuk Sebab: Master Format dan 1 Contoh
pentadbir
pentadbir
28/05/2025
Dokumen Surat Tawaran
Minat
Expert HR Dedah Perkara Perlu Ada Dalam Offer Letter, No 7 Paling Penting!
pentadbir
pentadbir
26/05/2025
Lelaki keliru dengan latar belakang putih tanda soal
Tindakan
Apa itu KPI, 1 Panduan KPI Berkesan
pentadbir
pentadbir
22/05/2025
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 - mesraHR
Minat
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Impak kepada Tenaga Kerja di Malaysia
pentadbir
pentadbir
19/05/2025
Tindakan
Panduan Lengkap Surat Amaran Pekerja – Siap dengan Template
pentadbir
pentadbir
07/05/2025
Cara KIra OT 2025 - mesraHR
Kesedaran
Cara Kira OT 2025: Panduan Lengkap Overtime untuk Pekerja dan Majikan
pentadbir
pentadbir
06/05/2025
Sistem HR Digital: 5 Masalah besar yang dihadapi HR
Kesedaran
Sistem HR Digital: 5 Masalah Besar yang Dihadapi HR Tanpa Penggunaannya
pentadbir
pentadbir
30/04/2025
Selamat Hari Pekerja 2025 - mesraHR
Kesedaran
Selamat Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja Baru
pentadbir
pentadbir
29/04/2025
Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia
Minat
Apa Rakyat Malaysia Tertanya-Tanya Tentang Lawatan Xi Jinping ke Malaysia?
pentadbir
pentadbir
17/04/2025
12 Cara Sambut Hari Lahir Pekerja (Win Hati Pekerja)
Minat
12 Cara Sambut Hari Lahir Pekerja Tahun 2025 (Win Hati Pekerja)
pentadbir
pentadbir
16/04/2025
5 Skil Pekerja Terbaik
Kesedaran
Master 5 Skil Pekerja Terbaik Di Tempat Kerja
pentadbir
pentadbir
15/04/2025
cabaran pengurusan sumber manusia
Kesedaran
Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution
pentadbir
pentadbir
14/04/2025
5 Isu Disiplin Pekerja Popular
Tindakan
5 Isu Disiplin Pekerja Popular: Faktor dan Penyelesaian Win
pentadbir
pentadbir
09/04/2025
Panduan Surat Amaran
Tindakan
Panduan Warning Letter : Jenis Surat Amaran Dan Bila Kena Guna
pentadbir
pentadbir
26/03/2025
7 cara tingkatkan prestasi pekerja
Kesedaran
7 Cara Tingkatkan Prestasi Pekerja untuk Produktiviti Maksimum
pentadbir
pentadbir
19/03/2025
5 Petua Memilh Pekerja Berkualiti
Tidak dikategorikan
9 Tips Memilih Pekerja Berkualiti Untuk Syarikat Anda
pentadbir
pentadbir
11/03/2025
Perbezaan Sistem HRMS Vs HRIS
Tidak dikategorikan
Ketahui Perbezaan Sistem HRMS vs HRIS ?
pentadbir
pentadbir
06/03/2025
Panduan Cara Kira Gaji Pekerja
Kesedaran
Panduan Cara Kira Gaji Pekerja Dengan Betul!
pentadbir
pentadbir
04/03/2025
7 Manfaat Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS)
Kesedaran
7 Manfaat Sistem Pengurusan Sumber Manusia Untuk Bisnes Anda.
pentadbir
pentadbir
26/02/2025
Perubahan Waktu Bekerja Ketika Ramadhan
Berita
Perubahan Waktu Bekerja Ketika Ramadhan: 3 Manfaat & Tips Kekal Cergas di Tempat Kerja
pentadbir
pentadbir
25/02/2025
Sistem HR
Tidak dikategorikan
7 Sebab Kenapa Syarikat Anda Perlukan Sistem HR!
pentadbir
pentadbir
21/02/2025
Sistem HR Manual Vs Automatik
Kesedaran
Sistem HR Manual vs Automatik: Mana Lebih Efisien untuk Syarikat?
pentadbir
pentadbir
20/02/2025
HR sistem membantu SME mengurus gaji, cuti, kehadiran, dan prestasi pekerja secara automatik, menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti syarikat.
Kesedaran
5 Kelebihan Sistem HR Hebat untuk SME – Jimat Kos & Lonjakan Produktiviti
pentadbir
pentadbir
19/02/2025
Peranan HR dan Skop Kerja Hr
Tindakan
Menurut Pakar HR, Ini 7 Peranan HR Jadikan Syarikat Lebih Berjaya!
pentadbir
pentadbir
18/02/2025
10 Cara Buat Penerangan Kerja Tarik Pekerja Berkualiti
Tindakan
Rahsia HR Pengalaman Cari Pekerja Berkualiti Dengan Cara Buat Job Description Yang Betul.
pentadbir
pentadbir
17/02/2025
Kerja Sumber Manusia untuk Prestasi Pekerja Tiptop
Kesedaran
Bongkar 10 Peranan Penting Sumber Manusia: Kerja Sumber Manusia untuk Prestasi Pekerja Tip-Top!
pentadbir
pentadbir
14/02/2025
Strategi kekalkan pekerja berkualiti
Kesedaran
10 Strategi Kekalkan Pekerja Berkualiti dan Kurangkan Kadar Turnover
pentadbir
pentadbir
12/02/2025
kenaikan gaji minimum 2025
Berita
Kenaikan Gaji Minimum 2025 ke RM1,700 dalam Belanjawan 2024 – Apa Kesannya?
pentadbir
pentadbir
11/02/2025
Apa itu sumber manusia (HR)
Kesedaran
Apa Itu Sumber Manusia (HR) Dan 5 Peranannya Dalam Syarikat
pentadbir
pentadbir
10/02/2025
7 Sebab Kenapa Sumber Manusia (HR) Adalah Tulang Belakang Syarikat
Kesedaran
7 Sebab Kenapa Sumber Manusia (HR) Adalah Tulang Belakang Syarikat
pentadbir
pentadbir
10/02/2025
Tindakan
Merevolusikan Pengurusan Penggajian dengan MesraHR
pentadbir
pentadbir
30/01/2025
Kesedaran
Kesan Sistem Penggajian terhadap Kecekapan Tenaga Kerja Moden
pentadbir
pentadbir
29/01/2025
Minat
Memudahkan Pengurusan Penggajian dengan MesraHR: Penyelesaian Lebih Pintar untuk Perniagaan Moden
pentadbir
pentadbir
29/01/2025
Keinginan
Faedah, Cabaran dan Masa Depan HRIS: Gambaran Keseluruhan Komprehensif
pentadbir
pentadbir
28/01/2025
Kesedaran
Evolusi dan Kesan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS)
pentadbir
pentadbir
28/01/2025
Monitor Staff luar pejabat
Tidak dikategorikan
Monitor Staff Luar Pejabat: 5 Cara Mudah & Powerful Tanpa Micromanage
pentadbir
pentadbir
20/04/2026
Tidak dikategorikan
5 Peranan Kerja HR Dalam Pengurusan Organisasi Moden Yang Berkesan
pentadbir
pentadbir
11/03/2026
Kesedaran
HR vs Admin: 5 Perbezaan Penting Untuk Organisasi Moden
pentadbir
pentadbir
04/03/2026
Kesedaran
Mental Health Pekerja: 5 Tanda Penting Yang HR Wajib Ambil Tahu
pentadbir
pentadbir
24/02/2026
Kehadiran Digital Memudahkan Pematuhan HR
Tidak dikategorikan
7 Cara Hebat Kehadiran Digital Memudahkan Pematuhan HR
pentadbir
pentadbir
11/02/2026
Borang Buletin Ebook hr

Langgan surat berita kami

Langgan surat berita kami untuk menerima kemas kini, petua dan cerapan HR terkini. Sebagai bonus, kami akan menghantar 5 templat HR penting (PERCUMA) terus ke peti masuk anda


Pengurusan HR yang diperkemas untuk lawatan tapak, cuti, tuntutan dan banyak lagi. Kekal berhubung dan cekap.

Ikuti kami
Ciri-ciri
  • Kehadiran
  • Tuntutan
  • Pergi
  • Senarai gaji
  • Lawatan Tapak
  • HRIS
Hubungi kami
  • +03 8408 1900
  • +6011 1501 4294
  • +6011 1545 1733
  • [email protected]
  • [email protected]
  • [email protected]

© mesraHR 2026. Hak Cipta Terpelihara.

Kebolehcapaian Dasar Privasi