Atasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia dengan 1 Powerful Solution

cabaran pengurusan sumber manusia

Cabaran pengurusan sumber manusia terasa seperti tiada penghujung. Jom lihat kenapa dan apa yang boleh bantu mengurangkan beban anda.

Table of Contents

Masih ramai yang beranggapan kerja pengurusan sumber manusia atau lebih dikenali sebagai HR adalah mudah, anda hanya perlu menyemak kehadiran dan mengira gaji pekerja. Hakikatnya jauh berbeza bagi mereka yang sudah berada dalam dunia sumber manusia.

Cabaran yang dihadapi sumber manusia wajarlah tidak dipandang remeh. Hal ini dikatakan demikian kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap pekerja, majikan dan organisasi itu sendiri. Antara cabaran yang popular ialah sistem yang sudah lapuk, risiko kesilapan pengiraan manual, proses tuntutan dan bayaran balik yang lambat, sukar mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan dan proses berulang dan tidak sistematik.

Pengurusan sumber manusia merupakan teras penting dalam memastikan kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia yang baik memberi impak yang besar terhadap pencapaian dan daya saing sesebuah organisasi. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji cabaran pengurusan sumber manusia dan bagaimana organisasi anda boleh menanganinya secara strategik.

Cabaran Pengurusan Sumber Manusia

1. Sistem yang Sudah Lapuk

Dalam era digital yang serba pantas ini, masih terdapat banyak organisasi yang bergantung kepada sistem pengurusan sumber manusia yang sudah lapuk, seperti penggunaan fail fizikal atau perisian yang tidak mesra pengguna. Sistem seperti ini bukan sahaja memperlahankan proses kerja, malah meningkatkan risiko kesilapan data dan kehilangan maklumat penting. Selain itu, ketiadaan automasi dalam tugas-tugas asas seperti pemantauan kehadiran, permohonan cuti dan penilaian prestasi menyebabkan pengurusan tenaga kerja menjadi kurang efisien dan memakan masa.

Lebih merugikan, sistem lama ini sukar disesuaikan dengan keperluan organisasi yang semakin berkembang. Tanpa automasi dan integrasi yang cekap, pihak pengurusan akan berdepan kesukaran dalam mendapatkan laporan yang tepat dan terkini. Oleh itu, semakin banyak organisasi kini beralih kepada penyelesaian moden yang menawarkan pengurusan sumber manusia secara digital, pintar dan efisien sejajar dengan tuntutan kerja masa kini.

2. Risiko Kesilapan Pengiraan Manual

Cabaran yang lain adalah risiko kesilapan pengiraan manual dari pengiraan manual seperti gaji, cuti tahunan dan penolakan EPF. Kesilapan kecil seperti memasukkan data yang salah atau menggunakan formula yang tidak tepat boleh menyebabkan isu besar seperti pembayaran gaji tidak tepat atau pelanggaran undang-undang buruh. Kesalahan ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan pekerja, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap organisasi berkenaan.

Bagi mengurangkan risiko ini, banyak organisasi kini beralih kepada sistem automasi yang lebih efisien dan mesra pengguna. Dengan sistem yang direka khusus untuk keperluan sumber manusia, pengiraan dilakukan secara automatik dan tepat berdasarkan data terkini. Tambahan pula, sistem automasi ini boleh dikonfigurasi supaya selaras dengan keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955, sekaligus memastikan pematuhan terhadap aspek penting seperti kadar bayaran minimum, waktu kerja, cuti tahunan dan potongan yang dibenarkan.

3. Proses Tuntutan dan Bayaran Balik yang Lambat

Masalah tuntutan dan bayaran balik yang lambat merupakan cabaran pengurusan sumber manusia yang sering menjadi punca ketidakpuasan dalam kalangan pekerja. Proses manual yang berbelit-belit, borang yang perlu dicetak dan dihantar secara fizikal boleh menyebabkan kelewatan yang tidak sepatutnya. Hal ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kakitangan yang menunggu bayaran, tetapi juga mencerminkan ketidakcekapan organisasi dalam menguruskan hal ehwal dalaman.

Penyelesaian segera dengan memperkemas sistem dan meningkatkan kecekapan operasi amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara. Dengan menggunakan platform pengurusan HR, proses tuntutan boleh dilakukan secara dalam talian, dengan rekod dan status bayaran yang mudah dijejak oleh semua pihak yang terlibat. 

4. Sukar Mendapatkan Laporan Segera

Antara cabaran pengurusan sumber manusia termasuklah kesukaran mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan. Hal ini sering berlaku apabila data berkaitan pekerja seperti kehadiran, prestasi atau jumlah tuntutan tidak dikumpul dan dikemas kini lagi. Ketiadaan sistem digital yang menyeluruh memaksa pegawai HR menyediakan laporan secara manual yang memakan masa. Ini menyebabkan pihak atasan tidak dapat membuat keputusan penting dengan cepat dan berkesan.

Tambahan pula, data yang tersebar di pelbagai platform atau format menyukarkan proses penggabungan maklumat secara menyeluruh. Akibatnya, proses analisis menjadi lambat, dan pihak pengurusan terpaksa menunggu laporan lengkap untuk mengambil tindakan strategik. Bagi mengatasi masalah ini, organisasi perlu melabur dalam sistem HR digital yang dapat menghasilkan laporan secara automatik dan tepat pada masanya.

Kenali perbezaan sistem HRIS dan HRMS di sini.

5. Proses Berulang dan Tidak Sistematik

Cabaran pengurusan sumber manusia yang paling kritikal ialah proses berulang dan tidak sistematik. Tugas seperti pengurusan cuti, kemaskini maklumat pekerja, dan pemantauan prestasi sering kali dilakukan secara manual dan berulang tanpa adanya integrasi sistem yang menyeluruh. Ini bukan sahaja menambah beban kerja pegawai sumber manusia, tetapi juga meningkatkan risiko ralat serta menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan tugasan harian.

Selain itu, proses yang tidak diselaraskan juga berisiko menimbulkan kesilapan data dan kelewatan komunikasi antara jabatan. Ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan operasi malah boleh mengundang rungutan daripada pekerja dan pengurusan. Bagi menangani masalah ini, organisasi perlu beralih kepada platform pengurusan sumber manusia seperti MesraHR yang lebih tersusun dan mesra pengguna bagi memastikan setiap proses dijalankan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan.

Kesimpulan

Cabaran pengurusan sumber manusia perlulah diambil serius kerana ia secara langsung memberi kesan kepada prestasi, keberkesanan operasi dan kelangsungan sesebuah organisasi.

Semua cabaran sumber manusia telah mengajar kita untuk mengikut transformasi digital dimana sistem yang sudah lapuk tidak lagi relevan dalam era teknologi masa kini. Pentingnya automasi bagi mengurangkan kesilapan manusia untuk mengelakkan kepercayaan pekerja tercalar dan kerugian dalam organisasi.

Mengatasi cabaran pengurusan sumber manusia yang strategik memerlukan pendekatan jangka panjang namun anda kini boleh menggunakan platform pengurusan sumber manusia, MesraHR.