5 Isu Disiplin Pekerja Popular: Faktor dan Penyelesaian Win

5 Isu Disiplin Pekerja Popular

Isu disiplin pekerja pasti akan muncul tidak kira organisasi. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Ini 5 isu disiplin pekerja yang popular.

Isi Kandungan

Isu disiplin pekerja ini amat besar dan luas untuk dibincangkan kesemuanya dalam satu perundangan kerja di Malaysia. Antara isu disiplin pekerja yang popular ialah rasuah, curi tulang, gangguan seksual, pecah amanah dan buli.

Isu disiplin ialah pelanggaran piawaian keselamatan atau kelakuan; atau, tidak memenuhi jangkaan prestasi kerja. Perkembangan isu disiplin pekerja di Malaysia semakin berleluasa dan sukar untuk dikawal. Tidak kira pangkat rendah dan tinggi mahupun penjawat awam ataupun tidak. Namun, isu disiplin sering terjadi pada syarikat yang besar dan penjawat awam seperti yang tertera di media sosial terkini.

Dalam artikel kali ini, kami telah mengenalpasti isu disiplin pekerja, faktor berlakunya isu disiplin dan penyelesaian permasalahan isu disiplin. Isu disiplin pekerja sangat penting untuk mengelakkan berlakunya salahlaku di tempat kerja. Baca sampai habis untuk penyelesaian berkesan!

5 Isu Disiplin Pekerja Popular

5 Isu Disiplin Pekerja Popular (1)

1. Isu Disiplin Pekerja: Rasuah

isu disiplin pekerja rasuah

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan frasa ini memberi maksud yang amat negatif kepada imej sesebuah organisasi itu. Rasuah biasanya terdiri daripada suapan yang susah untuk ditolak kerana ia boleh menjadi wang, kenaikan pangkat, undi dan banyak lagi. Selain daripada denda dan hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa, organisasi yang terlibat dalam rasuah boleh mengalami kerugian kewangan akibat pembaziran sumber, pembayaran rasuah yang berterusan, atau kehilangan peluang perniagaan disebabkan reputasi buruk. Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat enam kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  • Pemberian dan Penerimaan Rasuah (Seksyen 16)
  • Penyalahgunaan Kuasa (Seksyen 23)
  • Penipuan dan Pemalsuan (Seksyen 27)
  • Menghalang Penyiasatan Rasuah (Seksyen 32)
  • Kesalahan Pengubahan Wang Haram (Seksyen 41)
  • Kegagalan Melaporkan Rasuah (Seksyen 25)

Faktor dan Penyelesaian: Rasuah

Faktor

Sikap materialistik yang mengutamakan kebendaan merupakan antara faktor  berlakunya kes rasuah. Bukan itu sahaja, pastinya semua orang mengidamkan kehidupan mudah dan boleh bersenang-lenang tanpa perlu mengeluarkan banyak tenaga. Hal ini demikian kerana sikap negatif individu yang suka bermewah-mewah di luar kemampuannya. Sebagai contoh, mereka menganggap memiliki banyak harta benda yang mewah seperti kereta, rumah dan barang kemas boleh menyebabkan mereka dikagumi dan dihormati. Memang tidak dapat dinafikan, faktor berlakunya isu disiplin: rasuah ialah sikap materialistik pekerja itu sendiri.

Selain itu, masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita juga sering dikaitkan sebagai faktor yang ketara. Disebabkan ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan ini, ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu seperti mengambil wang secara haram. Sudah terang lagi bersuluh, masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan merupakan faktor berlakunya isu disiplin: rasuah.

Penyelesaian

Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi isu disiplin ini. Antaranya ialah kesedaran dan pendidikan masyarakat perlu ditingkatkan. Selain itu, tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan juga perlu dilaksanakan tanpa belas kasihan.

Dengan langkah-langkah ini, kita boleh membangun sebuah masyarakat dan negara yang bersih, adil dan berdaya saing. Semoga pepatah, gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah dapat kita elakkan demi kemaslahatan generasi kini dan masa hadapan.

2. Isu Disiplin Pekerja: Curi Tulang

isu disiplin curi tulang

Budaya curi tulang merupakan suatu cabaran besar bagi institusi-institusi yang mempunyai pekerja yang bersikap tidak amanah dengan tugas yang diberikan. Curi tulang berlaku apabila pekerja mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali kerja dengan pelbagai helah dan cara. Ada pekerja yang menjalankan tanggungjawab dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sedar atau tidak antara perkara-perkara yang sering kita lakukan dimana ianya boleh disifatkan sebagai curi tulang atau pekerja yang tidak bertanggunggjawab adalah:

  • Keluar dari tempat kerja tanpa izin ketua
  • Menggunakan waktu kerja untuk urusan peribadi
  • Menipu semasa kerja lebih masa

Faktor dan Penyelesaian: Curi Tulang

Faktor

Menjalankan tanggungjawab dengan tidak bersungguh-sungguh dan sekadar melepaskan batok di tangga merupakan sifat pentingkan diri. Contohnya, berbual-bual kosong atau bersembang dengan rakan sekerja yang tidak berkaitan dengan kerja. Jelaslah bahawa faktor berlakunya isu disiplin: curi tulang ialah sifat pentingkan diri pekerja itu sendiri.

Persekitaran tempat kerja juga memainkan peranan yang penting. Hal ini disebabkan demikian kerana benda yang salah telah lama dipraktikkan oleh pekerja senior lalu diikuti oleh pekerja junior dek kerana kebiasaannya diajak. Contohnya, keluar minum pagi beramai-ramai walaupun pekerja sepatutnya berada di pejabat melakukan urusan kerja. Maka, faktor berlakunya isu disiplin: curi tulang ialah persekitaran tempat kerja.

Penyelesaian

Langkah mengatasi isu disiplin ini ialah majikan melaksanakan pemantauan terhadap para pekerja. Pemantauan akan membantu dalam mencegah pelbagai masalah kerana majikan boleh memberi arahan terus kepada pekerja sekiranya terdapat aktiviti yang tidak mengikut apa yang telah dipersetujui.

Bukan itu sahaja, mewujudkan persekitaran kerja yang menyeronokkan merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan kemalasan pekerja. Persekitaran yang menggalakkan kerjasama dan memupuk rasa kebersamaan boleh membuatkan pekerja berasa seperti mereka sebahagian sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

Berkaitan: 7 Cara Tingkatkan Prestasi Pekerja

3. Isu Disiplin Pekerja: Gangguan Seksual

isu didiplin pekerja: gangguan seksual

Gangguan seksual bermaksud perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks. Gangguan boleh menjadi penyelia mangsa, penyelia di kawasan lain, rakan sekerja atau pelanggan. Penting untuk mangsa tahu bahawa gangguan seksual menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terancam dengan tingkah laku pelaku. Berikut disertakan contoh kesalahan gangguan seksual yang banyak berlaku:

  • Penggunaan bahasa lucah

  • Perlakuan menghantar gambar berunsur seksual

  • Mendesak, mengugut bagi memenuhi keinginan seksual

  • Memegang atau meraba tanpa izin

  • Tingkah laku berunsur seksual

Faktor dan Penyelesaian: Gangguan Seksual

Faktor

Salah satu faktor utama ialah kurang memahami etika kerja. Pekerja yang memahami etika kerja tidak akan melakukan perkara tergamak itu pada pekerja lain apabila etika kerja berkaitan dengan perbuatan beretika selaras dengan peraturan dan norma dalam sesebuah organisasi. Seyogia dinyatakan, kurang memahami etika kerja merupakan faktor isu disiplin: gangguan seksual.

Tiada kesedaran agama juga adalah faktor kepada isu disiplin ini. Didikan agama yang kurang menyebabkan seseorang pekerja tersebut melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Sebagai contoh, mencabul rakan sekerja. Tegasnya, tiada kesedaran agama merupakan faktor isu disiplin: gangguan seksual.

Penyelesaian

Antara cara mengatasi isu disiplin ini ialah dengan memberikan amaran kepada pelaku bahawa perbuatannya merupakan satu bentuk gangguan seksual. Amaran boleh dilakukan melalui penyampaian lisan, surat, emel atau membawa seorang teman untuk berdepan dengan pelaku.

Berkaitan: Panduan Warning Letter

Selain itu, melaporkan insiden gangguan seksual kepada penyelia atau pengurus sumber manusia melalui mekanisme dalaman. Sekiranya tiada tindakan diambil, aduan boleh dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak polis.

4. Isu Disiplin Pekerja: Pecah Amanah

isu disiplin pekerja: pecah amanah

Pecah amanah berlaku apabila seseorang individu itu gagal memenuhi tanggungjawab menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadanya. Pecah amanah merupakan perbuatan mensia-siakan individu dengan menipu atas amanah yang telah diberikan. Contoh perlanggaran tugas yang tidak dibenarkan sama sekali ialah:

  • Melaburkan dana syarikat tanpa mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli lembaga pengarah pertubuhan tersebut

  • Mengeluarkan wang organisasi ke akaun bank lain secara senyap-senyap

  • Mengambil walau sedikit wang untuk kegunaan sendiri

Faktor dan Penyelesaian: Pecah Amanah

Faktor

Terdapat pelbagai faktor seseorang itu melakukan kes pecah amanah ini antaranya adalah disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prisip hidup. Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Selain itu, pecah amanah juga terjadi apabila individu tersebut mempunyai peluang yang berada di hadapan matanya. Oleh itu, mereka mengambil peluang untuk mengambil wang daripada syarikat tersebut. Mereka amat kurang cerdik kerana merugikan wang organisasi untuk meneruskan perniagaan tersebut.

Penyelesaian

Isu ini dapat diselesaikan dengan mengetatkan undang-undang supaya bagi mereka yang ingin melakukan perkara tersebut berasa takut dan tidak melakukan perkara tersebut itu,pemberhentian kerja serta merta harus dilakukan bagus menghukum salah laku pecah amanah ini.

Selain itu, organisasi boleh mengambil inisiatif memasang sistem pengrekodan dan rakaman CCTV di tempat kerja. Hal ini dapat membendung sedikit sebanyak kes pecah amanah kerana ketakutan pesalah terkantoi.

5. Isu Disiplin Pekerja: Buli

isu disiplin pekerja: buli

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Buli yang berlaku di tempat kerja ini boleh berlaku melalui pelbagai bentuk atau cara seperti pembulian berbentuk fizikal, pembulian berbentuk secara lisan, pembulian melalui proses penulisan, pembulian berbentuk tekanan mental, psikologi atau emosi dan lain-lain. Budaya tolerensi, kerjasama serta sifat faham memahami antara satu sama lain di antara pekerja adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang harmoni, kurang tekanan serta bebas daripada kegiatan pembulian. Terdapat banyak kes perbuatan membuli di tempat kerja, antaranya termasuklah:

  • Makian dan kata-kata kesat
  • Dipinggirkan secara beramai-ramai
  • Mengsabotaj dan menganggu kerja

Faktor dan Penyelesaian: Buli

Faktor

Salah satu faktor ialah seseorang individu yang rendah diri dan susah untuk mengatakan “Tidak”. Hal ini dikatakan kerana mereka dilihat sebagai target mudah pembuli yang biasanya berjawatan tinggi daripada mangsa. Contohnya, penyelia si pekerja. Maka, faktor berlaku isu disiplin: buli ialah faktor individu.

Di samping itu adalah faktor organisasi. Persekitaran boleh mempengaruhi pekerja. Contohnya, ia telah menjadi norma untuk pekerja yang lurus bendul dipulaukan oleh pekerja-pekerja lain. Justeru, faktor organisasi merupakan faktor berlakunya isu disiplin: buli.

Penyelesaian

Antara cara yang boleh menyelesaikan masalah ini ialah syarikat melaksanakan dasar yang melindungi mereka yang bercakap mengenai isu ini. Lakukan tindakan pantas dalam menangani masalah ini.

Sebagai seorang pekerja, kita mestilah tidak membenarkan perkara yang dikatakan dan dilakukan kepada kita menentukan siapa kita sebagai seorang manusia. Adalah juga penting untuk mengambil langkah-langkah untuk melaporkan buli di tempat kerja kepada penyelia atau sumber manusia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua isu displin mengajar kita untuk mengamalkan etika bekerja. Isu disiplin pekerja popular sering kali melibatkan masalah seperti rasuah, curi tulang, gangguan seksual, pecah amanah dan buli. Isu-isu ini boleh memberi kesan negatif kepada produktiviti dan suasana kerja di dalam sesebuah organisasi. 

Oleh itu, pengurusan disiplin yang berkesan adalah penting untuk memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan dan mencapai tahap prestasi yang diinginkan. Pendekatan yang jelas, konsisten, dan adil dalam menangani isu disiplin adalah kunci untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan produktif. Kita perlu berganding bahu bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 

Mengatasi isu disiplin pekerja dengan strategik memerlukan pendekatan jangka panjang namun anda kini boleh menggunakan platform pengurusan sumber manusia, MesraHR.